Thursday, 19 July 2012

Pengenalan Kepada Telekomunikasi


       Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

Contoh telekomunikasi manusia adalah :


  • Telegraf
  • Telefon
  • Radio dan televisyen
  • SMS
  • 3G (Generasi Ketiga)
  • Internet
  • Internet tanpa wayar

Disini saya akan mengongsikan telekomunikasi menggunakan telefon untuk pengetahuan bersama berkenaan dengan telekomunikasi.


TELEFON

       Telefon berasal daripada (bahasa Yunaniitele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.

       Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon setelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian internet jalur lebar. Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik microwave atau relay satelit.
       
       Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.
Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Atonio Meucci,Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya. 
Disini merupakan beberapa jenis telefon yang patut di ketahui ramai. Ataranya ialah Telefon Bimbit, Telefon Kordless, Telefon Selular dan Telefon Tanpa Kord/Bergerak.


1) Telefon Bimbit

       Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarless. Selalunya sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
       Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.


2) Telefon Kordless

       Telefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini membolehkan gagang digunakan daripada mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu. Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik (electronic power supply). Disebabkan hal ini, maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi termodulasi (FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz). Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa wayar (802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat gelombang 2.4 MHz, beberapa "channels" digunakan untuk melindungi berlakunya penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter.



3) Telefon Selular

       Sistem telefon bimbit moden adalah berstruktur sel. Radio digunakan untuk berhubung di antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.
Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh daripada mana-mana tapak sel, sebuah sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.
       Frekuensi radio adalah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah level tenaganya. Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang "terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk multipleksing yang membenarkan lebih daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah frekeunsi yang sama.


4) Telefon Tanpa Kord/Bergerak

       Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.
Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.

      Disini saya dapat kongsikan sedikit sebanya berkenaan dengan teknologi telekomunikasi. Sebenarnya teknologi telekomunikasi ini bukanlah hanya sekadar telefon, tetapi merangkumi semua jenis perhubungan jarak jauh. Insyallah pada masa akan datang saya akan mengongsikan tentang teknologi telekomunikasi yang lain. Semoga dengan perkongsian maklumat dari blog saya ini dapat menambahkan lagi pengetahuan semua berkenaan teknologi telekomunikasi. Sekian...... (^_^)






No comments:

Post a Comment